13 Januari -Perasmian pada dilaksanakan oleh penyelaras Kokurikulum Puncak Perdana, Cikgu Mat bin Samad. Aktiviti ini adalah aktiviti wajib bagi semua komander intake-45, kompeni K,N dan B yang mana ianya bertujuan untuk merapatkan silaturrahim antara komander dan salah satu bentuk orientasi.
14 Januari - semua berkumpul disurau untuk solat maghrib dan isyak berjemaah. Sementara menuggu masuk waktu isyak, bacaan yaasiin dan tazkirah ringkas disampaikan sebagai pengisian kerohanian.
Selesai solat,aktiviti pengkalan hutan diadakan dimana, komander baru diajar cara memasang khemah dengan betul sebagai bekalan untuk perkhemahan yang akan datang.
15 Januari - setiap komander turun ke padang kawad untuk pemeriksaan ‘personal drill’ dan pemantapan kawad. Pada sebelah petang pula, komader intake-44 mengajar kawad manakala intake-45 mengawadkan skuad.
Selesai solat asar, aktiviti riadah yang diketuai oleh komander baru disertai oleh komander senior. Selain aerobic, aktiviti suai kenal melalui permainan juga dilakukan.
Pada sebelah malam, selepas solat isya’ berjemaah, majlis tepung tawar diadakan bagi meningkatkan semangat ‘teamwork’ sesame komander dan merapatkan hubungan silaturrahim antara komander.
16 Januari -aktiviti bersuka ria dimana semua komander-komander menunjukkan bakat masing-masing dalam sukan bowling di Plaza Alam Sentral. Setelah itu, semua komander makan bersama di tepi Tasik. Sesetengah komander juga mengambil kesempatan ini untuk berkayak.
Program tamat.
No comments:
Post a Comment