Sunday, 23 January 2011

Sepagi Bersama Kompeni 23 Jan 11


23 Jan    -    semua komander kompeni b solat subuh berjemaah di surau al-iqra dan sedikit perbincangan ilmu dikongsi bersama.

Selesai solat, semua berkumpul dan ‘warm up’ diketuai oleh exco sukan. Komander juga diajar lagu puncak naga sebelum ber’jogging’ menuju ke court bola keranjang di kawasan perumahan berdekatan UiTM Puncak Perdana untuk agenda seterusnya.

Di court bola keranjang tersebut, aktiviti pecah suara dilakukan dimana setiap komander mengawadkan skuad seorang demi seorang manakala komander lain dikawadkan dipantau oleh komander Haikal dan komander Fatin. Aktiviti ini dapat memperbaiki kemahiran mengawadkan skuad dan memantapkan lagi ‘personal drill’ setiap komander kompeni B.
Selain itu, komander juga diajar beberapa pergerakan kawad seperti pecahkan skuad, tukar haluan, jadikan skuad dan masuk baris.

Selesai aktiviti pecah suara, semua komander pulang ke Kolej Puncak Perdana 

Sunday, 16 January 2011

Minggu Gempur Komander 13- 16 Jan


13 Januari   -Perasmian pada dilaksanakan oleh penyelaras Kokurikulum Puncak Perdana, Cikgu Mat bin Samad. Aktiviti ini adalah aktiviti wajib bagi  semua komander intake-45, kompeni K,N dan B yang mana ianya bertujuan untuk merapatkan silaturrahim antara komander  dan salah satu bentuk orientasi.

14 Januari   -       semua berkumpul disurau untuk solat maghrib dan isyak berjemaah. Sementara menuggu masuk waktu isyak, bacaan yaasiin dan tazkirah ringkas disampaikan sebagai  pengisian kerohanian.
Selesai solat,aktiviti pengkalan hutan diadakan dimana, komander baru diajar cara memasang khemah dengan betul sebagai bekalan untuk perkhemahan yang akan datang.

15 Januari   - setiap komander turun ke padang kawad untuk pemeriksaan ‘personal drill’ dan pemantapan kawad. Pada sebelah petang pula, komader intake-44 mengajar kawad manakala intake-45 mengawadkan skuad.
Selesai solat asar, aktiviti riadah yang diketuai oleh komander baru disertai oleh komander senior. Selain aerobic, aktiviti suai kenal melalui permainan juga dilakukan.
Pada sebelah malam, selepas solat isya’ berjemaah, majlis tepung tawar diadakan bagi meningkatkan semangat ‘teamwork’ sesame komander dan merapatkan hubungan silaturrahim antara komander.

16 Januari   -aktiviti bersuka ria dimana semua komander-komander menunjukkan bakat masing-masing dalam sukan bowling di Plaza Alam Sentral. Setelah itu, semua komander makan bersama di tepi Tasik. Sesetengah komander juga mengambil kesempatan ini untuk berkayak.
Program tamat.